Anak pemimpin kanan parti politik ditahan di Singapura

SHAH ALAM – Seorang anak lelaki kepada pemimpin kanan sebuah parti politik di negara ini dilaporkan ditahan di lapangan terbang Singapura bersama wang berjumlah RM8.5 juta.

Menurut Nanyang Commercial Daily, lelaki itu ditahan kerana tidak mengisytiharkan wang dalam jumlah besar yang dibawanya itu.

Difahamkan, jumlah transit yang dibawa lelaki itu sebanyak RM8.5 juta, tetapi tidak diisytiharkan melalui saluran biasa

Dilaporkan seorang lelaki berpangkat β€˜Tan Sri ’ turut terlibat dalam insiden berkenaan.

Menurut laporan sama, pemimpin kanan dari salah sebuah parti politik itu telah pergi ke Singapura untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sumber turut memaklumkan individu yang terlibat dalam kes itu dijangka dibawa ke mahkamah untuk proses perbicaraan dalam masa terdekat.

Be the first to comment on "Anak pemimpin kanan parti politik ditahan di Singapura"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*