Doktor buat laporan polis, suspek COVID-19 dipercayai lari dari Klinik Kesihatan

Seorang lelaki berusia 54 tahun yang disyaki positif COVID-19 dilaporkan melarikan diri dari Klinik Kesihatan Bukit Naga Seksyen 32, Shah Alam.

Menurut laporan polis yang dibuat oleh doktor klinik berkenaan berkata, pesakit bernama Mat Zi itu datang ke klinik pada jam 10.25 pagi Khamis.

“Hasil pemeriksaan mendapati beliau mengalami demam suhu yang tinggi serta mempunyai tanda suspek COVID-19.

“Beliau terlibat dalam perhimpunan Tabligh di Sri Petaling,” katanya.

Lelaki itu kemudian ditempatkan di khemah pengasingan pada jam 1.04 tengah hari. Namun doktor itu dimaklumkan oleh pegawainya bahawa pesakit itu telah ‘tiada’ dan dipercayai telah melarikan diri.

Pihak klinik cuba menghubungi pesakit itu agar dia kembali ke klinik. Lelaki itu memaklumkan dia akan kembali semula. Tetapi apabila pihak klinik cuba menghubunginya, nombor telefonnya tidak dapati dihubungi.

Be the first to comment on "Doktor buat laporan polis, suspek COVID-19 dipercayai lari dari Klinik Kesihatan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*