ISU SEMASA

Korang gado2 dulu, aku tiktok jap – Aeril Zafrel

Siapa saja tidak mengenali dengan pelakon popular, Aeril Zafrel yang kini semakin bahagia bersama isteri, Wawa Zainal dan tiga orang anaknya yang turut sama popular sepertinya yang dikenali sebagai, Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa dan Ayya Soffya.

Pun begitu, Aeril Zafrel dan isteri juga merupakan usahawan berjaya dan sememangnya pasangan selebriti ini turut menjadi inspirasi buat ramai.

 

Walau bagaimanapun, sejak beberapa hari pelakon berusia 31 tahun ini bukan sahaja dikenali sebagai pelakon dan usahawan terkenal namun netizen juga menganggap dia seperti seorang pelawak.

Apatah lagi, sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dia sangat aktif menghasilkan video lawak yang dikongsikan menerusi laman sosial peribadinya dimana ia berhasil menghiburkan kebanyakan peminatnya.

Video terbaru Aeril Zafrel dengan menulis kapsyen, “Korang gaduh2 dulu, aku tiktok jap…” yang dikongsikannya semalam turut mencuri tumpuan ramai.

Video TikTok dari Aeril Zafrel kali ini hanya menunjukkan wajah tersenyumnya sehingga mengundang gelak ramai diruangan komen.

Dalam pada masa yang sama, Aeril Zafrel juga dilihat meninggalkan responnya lalu dibalas peminat dan pengikut.

Posting Aeril Zafrel seperti biasa meraih ribuan tanda suka dan ternyata video pendek dikongsikan itu telahpun mendapat lebih 600,000 tontonan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *