Saya minta tolong untuk tempoh 2 minggu ini saja – Tolonglah PM rayu stay at home jangan balik kampung

SUSULAN pengumuman perintah kawalan pergerakan, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta semua pihak untuk kekal berada di kawasan masing-masing dalam tempoh dua minggu perintah itu dilaksanakan.

Menerusi perutusan khas oleh perdana menteri pada Rabu malam, beliau merayu semua pihak tidak balik kampung bagi membendung penularan wab4k C0vid-19.

“Saya ingin merayu kepada saudara-saudari. Tolonglah. Stay put where you are. Yang ada di Kuala Lumpur, duduklah di Kuala Lumpur. Yang ada di Johor Bahru duduklah di Johor Bahru. Yang ada di Pulau Pinang, duduklah di Pulau Pinang.

“Kalau anda merancang untuk pulang ke kampung, batalkanlah dahulu niat itu. Saya minta tolong untuk tempoh dua minggu ini sahaja.

“Kenapa? Kerana kita hendak putuskan rantaian jangkit4n. We want to break the chain of inf3ction. Supaya jumlah orang yang dijangk1ti wab4k C0vid-19 ini dapat dikurangkan,” katanya.

BERIKUT adalah kenyataan penuh Perdana Menteri:

Pada malam ini, saya sekali lagi berdiri di hadapan saudara-saudari sekalian untuk memaklumkan status terkini wab4k C0vid-19 di negara kita.

Hari ini terdapat 117 k3s j4ngkitan baharu yang menjadikan jumlah keseluruhan kes positif C0VID 19 sebanyak 790.

Ini bukanlah perkembangan yang menggembirakan kita. Langkahlangkah tegas perlu terus diambil untuk membendung wab4k ini daripada terus mereb4k.

Kerana itulah kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan yang mula berkuatkuasa pada hari ini.

Saya ingin menjelaskan tujuan kerajaan melaksanakan perintah ini. Kenapa sekolah, universiti dan sebahagian pejabat, premis perniagaan dan kilang ditutup.

Tujuannya ialah supaya saudara-saudari tidak perlu bergerak ke sana sini. Saudara-saudari tidak perlu bersesak-sesak dalam LRT, MRT atau bas untuk ke tempat kerja.

Tidak perlu bersesak di kantin atau kedai 2makan di waktu rehat tengahari. Anak-anak tidak perlu pergi ke sekolah, tidak perlu mengikuti aktiviti sukan dan lain-lain yang boleh mendedahkan mereka kepada jangkit4n virus C0vid-19.

Selama tempoh dua minggu ini, saudara-saudari dan anak-anak hanya perlu berada di rumah. Just stay at home. Luangkan masa bersama anak, isteri dan ahli keluarga. Tidak perlu keluar ke mana-mana. Dengan cara ini saudara-saudari terhindar daripada jangkit4n C0vid-19 dan penularan wabak ini insyaAllah dapat dibendung. Inilah tujuan sebenar Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan oleh kerajaan.

Tujuannya bukan untuk membolehkan saudara-saudari balik ke kampung, memenuhi jemputan kenduri, membeli belah di pasaraya, bersiar-siar di taman atau bercuti di tempat peranginan. Bukan. Tujuannya ialah supaya saudara-saudari duduk di rumah.

Stay at home and protect yourself and your family.

Saya sebutkan perkara ini kerana semalam ramai yang balik ke kampung. Saya lihat lebuhraya sesak dengan kenderaan menuju ke arah utara, selatan dan timur. Stesen bas juga sesak dengan orang ramai yang ingin pulang ke kampung.

Saya ingin merayu kepada saudara-saudari. Tolonglah. Stay put where you are. Yang ada di Kuala Lumpur, duduklah di Kuala Lumpur. Yang ada di Johor Bahru duduklah di Johor Bahru. Yang ada di Pulau Pinang, duduklah di Pulau Pinang. Kalau anda merancang untuk pulang ke kampung, batalkanlah dahulu niat itu. Saya minta tolong untuk tempoh dua minggu ini sahaja.

Kenapa? Kerana kita hendak putuskan rantaian jangkitan. We want to break the chain of infection. Supaya jumlah orang yang dijangkiti wabak Covid-19 ini dapat dikurangkan.

Kenapa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini selama dua minggu? Ini kerana C0vid-19 mempunyai hayat inkubasi (incubation) dua minggu.

Terdapat k3s di mana simptom hanya muncul selepas itu. Kerajaan berharap selepas habis tempoh dua minggu, mereka yang mempunyai simptom berjaya diasingkan untuk diberikan rawatan, menjadikan Malaysia bebas dari C0vid-19.

Jika dalam tempoh ini kita belum berjaya sepenuhnya, Kerajaan mungkin terp4ksa melanjutkan tempoh Perintah Kawalan. Oleh itu, adalah penting bagi kita semua untuk mengasingkan diri dan keluarga dari terdedah kepada virvs C0vid-19 dengan berada di rumah.

Vivs ini berj4ngkit dari manusia ke manusia menerusi sentuhan. Kalau saudari-saudari bergerak ke sana-sini, apatah lagi bersesak di tempat awam, kemungkinan untuk bersentuhan adalah tinggi.

Kerana itu kerajaan mengisytiharkan penutupan sekolah supaya anakanak kita tidak perlu pergi ke sekolah. Jadi mereka tidak akan bersentuhan dengan rakan-rakan yang mungkin membawa virvs C0VID19.

Saudara-saudari juga tidak perlu ke tempat kerja supaya saudarasaudari tidak bersentuhan dengan orang lain yang mungkin membawa virvs ini. Inilah tujuannya.

Tetapi jika saudara-saudari masih bergerak ke sana sini, kemungkinan saudara-saudari bersentuhan dengan orang lain dan mendapat jangkitan wab4k ini adalah tinggi. Jadi, tolonglah. Saya merayu sekali lagi. Duduklah diam-diam di rumah.

Stay at home and protect yourself and your family.

Saudara-saudari mungkin bertanya. Kalau duduk di rumah sahaja, bagaimana dengan keperluan harian? Bolehkah pergi ke pasar? Atau kedai makan?

Jawapannya boleh. Pasar masih dibuka.

Tetapi amalkan penjagaan kesihatan yang rapi. Elakkan bersentuhan dengan cara menjarakkan diri anda daripada orang lain dan sentiasa bersihkan diri. Basuh tangan dengan menggunakan sabun atau hand sanitizer. Kalau boleh mandi dengan lebih kerap supaya badan sentiasa bersih.

Kedai makan juga dibuka.

Tetapi untuk mengelakkan risiko jangkit4n, saudara-saudari tidak dibenarkan makan di kedai. Pesan makanan, bungkus dan bawa balik ke rumah. Atau lebih baik gunakan perkhidmatan penghantaran makanan ke rumah atau home food delivery service.

Dengan cara ini, saudara-saudari tidak perlu keluar dari rumah untuk membeli makanan.

Be the first to comment on "Saya minta tolong untuk tempoh 2 minggu ini saja – Tolonglah PM rayu stay at home jangan balik kampung"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*