[VIDEO] Tiada Pelancong Bagi Makan, Ratusan monyet lapar ‘berperang’ rebut sebiji pisang

LOPBURI – [DIKEMASKINI] Ratusan monyet kelaparan dilihat berebut sesama sendiri bagi mendapatkan sebiji pisang selepas penurunan jumlah pelancong ekoran wabak koronavirus (Covid-19) di pusat peranginan Wilayah Lopburi Thailand.

Kebiasaannya, habitat tersebut akan diberikan makanan oleh pelancong yang berkunjung di pusat peranginan itu, namun kini keadaan tersebut berubah sama sekali.

Monyet-monyet berkenaan bukan hanya perlu mencari makanan sendiri, malah melalui rakaman video yang tular di laman sosial, ratusan monyet menyeberang jalan dan kemudian mengejar seekor monyet memegang sebiji pisang diberikan penduduk sangat meruntun jiwa.

Kata Sasaluk Rattanachai, pandangan tersebut luar biasa kerana monyet bertindak agresif hanya mahu berebut sebiji pisang.

“Ternyata monyet ini sangat lapar. Kebiasaannya, ramai pelancong akan datang ke sini untuk beri haiwan ini makan tetapi bila berlaku wabak Covid-19, jumlah pelancong sangat kurang dan boleh dikatakan tiada,” katanya kepada Daily Mail.

Lokasi Lopburi terkenal dengan kota monyet dan Lopburi Monkey Festival dianjurkan penduduk tempatan serta pelancong untuk memberi makanan kepada monyet-monyet di sekitar Lopburi.

Be the first to comment on "[VIDEO] Tiada Pelancong Bagi Makan, Ratusan monyet lapar ‘berperang’ rebut sebiji pisang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*