ISU SEMASA

Saya minta tolong untuk tempoh 2 minggu ini saja

SUSULAN pengumuman perintah kawalan pergerakan, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta semua pihak untuk kekal berada di kawasan masing-masing dalam tempoh dua minggu perintah itu dilaksanakan.

Menerusi perutusan khas oleh perdana menteri pada Rabu malam, beliau merayu semua pihak tidak balik kampung bagi membendung penularan wab4k C0vid-19.

“Saya ingin merayu kepada saudara-saudari. Tolonglah. Stay put where you are. Yang ada di Kuala Lumpur, duduklah di Kuala Lumpur. Yang ada di Johor Bahru duduklah di Johor Bahru. Yang ada di Pulau Pinang, duduklah di Pulau Pinang.

“Kalau anda merancang untuk pulang ke kampung, batalkanlah dahulu niat itu. Saya minta tolong untuk tempoh dua minggu ini sahaja.

“Kenapa? Kerana kita hendak putuskan rantaian jangkit4n. We want to break the chain of inf3ction. Supaya jumlah orang yang dijangk1ti wab4k C0vid-19 ini dapat dikurangkan,” katanya.

BERIKUT adalah kenyataan penuh Perdana Menteri:

Pada malam ini, saya sekali lagi berdiri di hadapan saudara-saudari sekalian untuk memaklumkan status terkini wab4k C0vid-19 di negara kita.

Hari ini terdapat 117 k3s j4ngkitan baharu yang menjadikan jumlah keseluruhan kes positif C0VID 19 sebanyak 790.

Ini bukanlah perkembangan yang menggembirakan kita. Langkahlangkah tegas perlu terus diambil untuk membendung wab4k ini daripada terus mereb4k.

Kerana itulah kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan yang mula berkuatkuasa pada hari ini.

Saya ingin menjelaskan tujuan kerajaan melaksanakan perintah ini. Kenapa sekolah, universiti dan sebahagian pejabat, premis perniagaan dan kilang ditutup.

Tujuannya ialah supaya saudara-saudari tidak perlu bergerak ke sana sini. Saudara-saudari tidak perlu bersesak-sesak dalam LRT, MRT atau bas untuk ke tempat kerja.

Tidak perlu bersesak di kantin atau kedai 2makan di waktu rehat tengahari. Anak-anak tidak perlu pergi ke sekolah, tidak perlu mengikuti aktiviti sukan dan lain-lain yang boleh mendedahkan mereka kepada jangkit4n virus C0vid-19.

Tujuannya bukan untuk membolehkan saudara-saudari balik ke kampung, memenuhi jemputan kenduri, membeli belah di pasaraya, bersiar-siar di taman atau bercuti di tempat peranginan. Bukan. Tujuannya ialah supaya saudara-saudari duduk di rumah.

Stay at home and protect yourself and your family.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *