ISU SEMASA

Tiada Lagi Kelibat Ebit Lew Selepas Ini

Terdahulu, Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew mengesahkan beliau dipanggil polis dari Cawangan Khas Bukit Aman untuk memberi penjelasan terutama kes penyampaian sumbangan yang tular beberapa hari lalu kerana terdapat aduan.

Beliau memberitahu, dia telah dilayan baik oleh polis dan atas atas nasihat diberikan, dia akan berhenti berkhidmat menyampai sumbangan ke rumah bagi membantu mereka yang dalam kesusahan selepas ini.

Berkongsi pengalaman yang dilalui sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Ebit berkongsi luahan hati di Facebook miliknya hari ini.

“Menangis dari tadi. Cuma nak menangis pada Allah. Entahlah. Tersandar rasa. Rasa penat sangat.

Walau saya ada kebenaran untuk memberi bantuan.

Dari tengah malam semalam saya dihubungi untuk ke Cawangan Khas Bukit Aman. Terus ke sana hari ini untuk mendapatkan dan memberi penjelasan terutama kes viral beberapa hari lalu kerana ada aduan.

Atas nasihat setakat ini sahajalah saya berkhidmat membantu semua yang dalam kesusahan. Mereka semua baik-baik melayan saya dengan sangat baik. Terima kasih sangat.

“Cuma sayalah terasa sedih sangat. Andai saya menyusahkan sesiapa saya minta maaf. Saya memang tak boleh tengok orang tidur atas n4jis atau tepi jalan.

Lebih seratus orang dah saya bayar penginapan dan tempat tinggal. Cuma beberapa kes tu saya kongsikan dengan kawan di media FB saya. Saya pun tak niat nak viral apa ke.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *