ISU SEMASA

Tukang Gunting Rambut Maut Akibat Covid-19 Selepas Terima Pelanggan Waktu Pandemik

Seorang tukang gunting rambut terkenal di Mississippi dipercayai telah menjadi mangsa korban akibat Covid-19.

Dia tidak memakai perlindungan diri dan menerima pelanggan pada musim pandemik ini.

Sebelum itu, mangsa ada memuatnaik satu status di mana dia berpesan kepada orang ramai untuk kuarantin diri dan berjauhan dengan orang ramai.

Pada masa yang sama, dia juga mengumumkan bahawa perniagaan ditutup beberapa minggu.

“Kuarantin diri anda dan jauhkan diri daripada orang, tempat aau benda.

Saya rasa seperti demam dan akan pergi membuat ujian saringan.

TaperNation akan ditutup untuk beberapa minggu, kita akan berehat.”

Selang beberapa hari setelah dia berjuang melawan jangkitan ini, dia meninggal dunia kurang seminggu daripada hari lahirnya ke 46 tahun.

Menurut kakak mangsa, dia tidak boleh bangun dan berjalan sepanjang dikuarantin.

Tepat jam 12.12 petang, seorang jururawat di ICU telah memanggil ahli keluarga mangsa untuk memberitahu jantungnya sudah berhenti dan tidak dapat diselamatkan lagi.

Mangsa merupakan seorang anak muda yang menjadi contoh hebat di bandar tersebut.

Kanak-kanak dan warga emas akan diberi secara percuma jika datang untuk potong rambut di kedainya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *